Topik hari ini ialah DILEMA BARANG KEMAS : mana lebih baik, NAK BELI 916 kah atau 999 kah ? Soalan ini paling kerap diajukan pada saya melalui pesanan sms oleh kaum hawa. Ada juga kaum adam yang bertanya soalan yang sama tapi tujuannya tak sama :-) Nanti saya jelaskan...
Walau pun saya adalah pengedar sah GCP ( menjual produk emas 999 saja ), saya tidak akan menjawab secara tepat soalan tersebut. Saya akan menerangkan dulu apa yang saya tahu, kemudian anda timbang sendiri mana yang lebih menguntungkan anda. Mungkin sesetengah pengedar akan mengatakan barang kemas 916 adalah yang terbaik sebab dia memang jual emas 916, begitu juga sebaliknya yang menjual emas 999 macam saya, hehehe...
Jawapan saya mudah, emas 916 dan emas 999 adalah yang terbaik kerana kedua-duanya emas...yang penting EMAS TULEN ! Jom kita kaji sifatnya dulu...
Apakah dia emas 916 ( 22k ) ? Emas 916 bermaksud 91.6% kandungannya adalah emas, manakala 8.4% adalah logam lain. Logam tersebut adalah dari logam tembaga. Tujuan campuran ini bagi menguatkan struktur barang kemas dan senang direka bentuk. Hasilnya, barang kemas 916 lebih tahan lasak, tidak mudah bengkok atau patah, kurang bercalar dan sebagainya. Emas 916 juga mampu mengikat batu hiasan dengan kukuh. Jadi tidak hairanlah jika emas 916 yang banyak terdapat di pasaran, disulami dengan pelbagai hiasan batu permata selain memiliki pelbagai corak menarik. Namun AWAS, anda mungkin tertipu dengan membayar lebih harga batu hiasan berbanding nilai emas atau mereka menjual emas bawah gred 916 tapi mengenakan kadar gred 916 !
Emas 999 ( 24k ) pula memiliki ketulenan emas hampir 100%. Mungkin ramai yang tidak tahu barang kemas 999 atau lebih dikenali dengan nama Emas Sepuluh berbeza dengan barang kemas 916 yang hanya cantik dipandang mata. Ia bersifat lembut dan mudah dilenturkan. Kilauan warnanya pula lebih keemasan berbanding emas 916 yang sedikit pudar. Oleh kerana sifatnya yang lembut ,maka coraknya sangat ringkas. Emas jenis ini kurang popular di pasaran. Namun banyak kebaikan jika anda membeli dan menyimpan emas 999, antaranya anda bayar nilai emas dan bukannya tembaga atau batu hiasan. Jika anda ingin menjual semula, tiada alasan pembeli menurunkan harga sesuka hati. Sangat sesuai untuk tujuan pelaburan. Pasti anda senang hati !
Kenapa GCP menjual barang kemas 999 ? Untuk makluman anda, syarikat GCP 100% milik bumiputra. Menjual barang kemas 999 secara tidak langsung mengalakkan umat Islam menyimpan emas penuh. Dinar keluaran GCP juga berketulenan 999.9. Tahukah anda bahawa kaum lain di Malaysia sudah lama menyimpan emas 999 sama ada dalam bentuk barang kemas atau pun jongkong ? Rahsia mantapnya ekonomi mereka ialah simpanan emas 999 !
Sinisnya, kita masih setia membeli emas yang kurang peratus nilai emas dari tokey kedai atau pengedar Emas Celup. Mereka pula terus membeli dan menyimpan emas penuh (emas 999) dari hasil untung jualan emas 916 atau celup kepada kita. Pandainya mereka ialah menyimpan kekayaan dalam bentuk emas 999 dan pandainya kita terus menyimpan 100 % tunai di bank ! Jaga-jaga ler... ANAI-ANAI inflasi tu akan terus memamah sedikit demi sedikit nilai simpanan kita ( EMAS kalis inflasi ).
p/s dari meja tarikanEMAS :
- buat kaum hawa yang terlebih duit... borong ler emas yang banyak batu hiasan kat Bib Jol atau Pe Kung.. teruskan sorak MENANG memakai sedangkan tokey tu ketawa terbahak-bahak sebab UNTUNG jual batu !
- buat kaum hawa yang biasa-biasa... pakai emas 916 buat basahan... simpan duit, beli sikit-sikit barang kemas 999 keluaran GCP untuk dipakai pada majlis keramaian...kilauannya pehhh..dah cukup MENYILAUKAN mata yang memandang... Insya ALLAH akhirnya anda akan jadi kaum hawa LUAR BIASA hebatnya !
- buat kaum ADAM........ sentiasa beringat masa depan...beli dinar emas dan jongkong buat simpanan... atau selalu-selalu ler hadiahkan isteri dengan barang kemas 999 keluaran GCP...tak ada umur kita, ada juga tinggalan harta yang tak punya susut nilai !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan