Ahad, 5 Jun 2011

5 SEBAB KENAPA PERLU MENYIMPAN EMAS

Assalamualaikum semua...


"Mengapa kita perlu menyimpan emas?"

Oh, sudah tentu jawapan utamanya ialah KEUNTUNGAN! Lihat prestasi harga emas sepanjang 10 tahun ini;


Ok, saya kongsikan 5 sebab kenapa;

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
--------------------------------------------------------------------
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
--------------------------------------------------------------------
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 11% setahun. Yang mana satu lebih untung?

1 gram emas tahun 2000 = RM25.50
1 gram emas tahun 2011 = RM172.00 (20 April 2011)


3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
--------------------------------------------------------------------
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2011? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
--------------------------------------------------------------------
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
--------------------------------------------------------------------
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Cukuplah 5 sebab ini untuk menyedarkan kita kepentingan pelaburan emas ini..

NILAI SIMPANAN ANDA ?

NILAI SIMPANAN ANDA ?

HARGA JUALAN DI KEDAI EMAS


999 Gold : RM177.00/gm

916 Gold : RM167.00/gm

835 Gold : RM153.00/gm

750 Gold : RM138.00/gm

375 Gold : RM75.00/gm

Kemas kini pada 23 Mei 2011.


** tidak termasuk upah tukang

HARGA SEMASA EMAS GCP




RISIKO PELABURAN 0 %
Gadgets powered by Google
Barang kemas keluaran GCP berketulenan 999 (24k).Harga tawaran lebih rendah dari harga pasaran.Lagi banyak gram anda beli (agen id1886 sahaja), layak menerima diskaun !......Kami memerlukan pengedar GCP di seluruh negeri. Sambutlah tawaran hebat perniagaan EMAS GCP hari ini untuk keuntungan berganda !......Hati-hati dengan penipuan Pelaburan EMAS secara skim, MLM dan sebagainya......Semoga SUKSES ! ......

HARGA SEMASA EMAS DUNIA

Click to enlarge

HARGA SEMASA EMAS DUNIA DALAM RM ( SE-GRAM )

Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits

GAJI EMAS KAKITANGAN AWAM

GAJI EMAS KAKITANGAN AWAM

WAKTU SOLAT

NAK BELI BARANG KEMAS 916 ATAU 999 ?

Topik hari ini ialah DILEMA BARANG KEMAS : mana lebih baik, NAK BELI 916 kah atau 999 kah ? Soalan ini paling  kerap diajukan  pada saya melalui pesanan sms oleh kaum hawa. Ada juga kaum adam yang bertanya soalan yang sama tapi tujuannya tak sama :-) Nanti saya jelaskan...

Walau pun saya adalah pengedar sah GCP ( menjual produk emas 999 saja ), saya tidak akan menjawab secara tepat soalan tersebut. Saya akan menerangkan dulu apa yang saya tahu, kemudian anda timbang sendiri mana yang lebih menguntungkan anda. Mungkin sesetengah pengedar akan mengatakan barang kemas 916 adalah yang terbaik sebab dia memang jual emas 916, begitu juga sebaliknya yang menjual emas 999 macam saya, hehehe... 


Jawapan saya mudah, emas 916 dan emas 999 adalah yang terbaik kerana kedua-duanya emas...yang penting EMAS  TULEN ! Jom kita kaji sifatnya dulu...

Apakah dia emas 916 ( 22k ) ? Emas 916 bermaksud 91.6% kandungannya adalah emas, manakala 8.4% adalah logam lain. Logam tersebut adalah dari logam tembaga. Tujuan campuran ini bagi menguatkan struktur barang kemas dan senang direka bentuk. Hasilnya, barang kemas 916 lebih tahan lasak, tidak mudah bengkok atau patah, kurang bercalar dan sebagainya. Emas 916 juga mampu mengikat batu hiasan dengan kukuh. Jadi tidak hairanlah jika emas 916 yang banyak terdapat di pasaran, disulami dengan pelbagai hiasan batu permata  selain memiliki pelbagai corak menarik. Namun AWAS, anda mungkin tertipu dengan membayar lebih harga batu hiasan berbanding nilai emas atau mereka menjual emas bawah gred 916 tapi mengenakan kadar gred 916 !

Emas 999 ( 24k ) pula memiliki ketulenan emas hampir 100%. Mungkin ramai yang tidak tahu barang kemas 999 atau lebih dikenali dengan nama Emas Sepuluh berbeza dengan barang kemas 916 yang hanya cantik dipandang mata. Ia bersifat lembut dan mudah dilenturkan. Kilauan warnanya pula lebih keemasan berbanding emas 916 yang sedikit pudar. Oleh kerana sifatnya yang lembut ,maka coraknya sangat ringkas. Emas jenis ini kurang popular di pasaran. Namun banyak kebaikan jika anda membeli dan menyimpan emas 999, antaranya anda bayar nilai emas dan bukannya tembaga atau batu hiasan. Jika anda ingin menjual semula, tiada alasan pembeli menurunkan harga sesuka hati. Sangat sesuai untuk tujuan pelaburan. Pasti anda senang hati !

Kenapa GCP menjual barang kemas 999 ? Untuk makluman anda, syarikat GCP 100% milik bumiputra. Menjual barang kemas 999 secara tidak langsung mengalakkan umat Islam menyimpan emas penuh. Dinar keluaran GCP juga berketulenan 999.9. Tahukah anda bahawa kaum lain di Malaysia sudah lama menyimpan emas 999 sama ada dalam bentuk barang kemas atau pun jongkong ? Rahsia mantapnya ekonomi mereka ialah simpanan emas 999 ! 

Sinisnya, kita masih setia membeli emas yang kurang peratus nilai emas dari tokey kedai atau pengedar Emas Celup. Mereka pula terus membeli dan menyimpan emas penuh (emas 999) dari hasil untung jualan emas 916 atau celup kepada kita. Pandainya mereka ialah menyimpan kekayaan dalam bentuk emas 999 dan pandainya kita terus menyimpan 100 % tunai di bank ! Jaga-jaga ler... ANAI-ANAI inflasi tu akan terus memamah sedikit demi sedikit nilai simpanan kita ( EMAS kalis inflasi ).

p/s dari meja tarikanEMAS :

- buat kaum hawa yang terlebih duit... borong ler emas yang banyak batu hiasan kat Bib Jol atau Pe Kung.. teruskan sorak MENANG memakai sedangkan tokey tu ketawa terbahak-bahak sebab UNTUNG jual batu !

- buat kaum hawa yang biasa-biasa... pakai emas 916 buat basahan... simpan duit, beli sikit-sikit barang kemas 999 keluaran GCP untuk dipakai pada majlis keramaian...kilauannya pehhh..dah cukup MENYILAUKAN mata yang  memandang... Insya ALLAH akhirnya anda akan jadi kaum hawa LUAR BIASA  hebatnya !

- buat kaum ADAM........ sentiasa beringat masa depan...beli dinar emas dan jongkong buat simpanan... atau selalu-selalu ler hadiahkan isteri dengan barang kemas 999 keluaran GCP...tak ada umur kita, ada juga tinggalan harta yang tak punya susut nilai !

Pengedar Emas Berlesen

bagi sesiapa ingin mengetahui pembelian emas secara online sila layari blog ini.kami menyediakan penjualan emas lebih rendah berbanding harga pasaran.